KAHOOT


APA ITU KAHOOT?



Kahoot merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk merangsang minat murid semasa proses P&P melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon pintar.
Guru dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji dengan berkongsi nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin dihadapan kelas akan menjadi paparan utama yang akan memaparkan soalan manakala murid pula akan menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjadikan murid fokus dalam menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas.
Di samping itu, murid juga dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui kedudukan dan masa yang dipaparkan pada skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui permaian secara interaktif. Bukan itu sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan dan mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan. Penggunaan Kahoot dalam P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.

LANGKAH-LANGKAH PENGUNAAN KAHOOT
1st step –> Di paparan skrin utama akan keluar GAME PIN ,
2nd step–>  Di bawah adalah paparan skrin di peranti pelajar, pastikan pelajar memasukkan GAME PIN yang betul 🙂 risau jawab soalan kelas lain pula 😋

3rd step –> Pastikan pelajar memasukkan nama sendiri 🙂
4rd step –> Ni adalah contoh soalan yang cikgu Put buat 😋
5th step –> Ni adalah paparan skrin pelajar, pelajar hanya perlu memilih jawapan berdasarkan warna yang diwakilkan bagi setiap jawapan.


Selesai sahaja menjawab semua soalan, keputusan akan dipaparkan di skrin utama.

Video Tutorial = https://youtu.be/GzIFTrMQUAA






Comments

Popular Posts