QR CODE

APA ITU QR CODE?




Secara Umum, ramai yang telah  mengetahui tentang fungsi kod bar, dimana ianya digunakan untuk menyimpan informasi tentang sesuatu produk atau maklumat pengenalan individu. Garisan selari berwarna hitam dan putih padanya yang mempunyai ruang serta lebar berbeza akan mewakili bacaan digit 0 dan 1.

Kandungannya pula boleh dibaca oleh alat pengimbas optik yang dilengkapi perisian pengesanan khas menerusi teknik pantulan cahaya. Perkembangan teknologi hari ini telah membawa evolusi terhadap pembangunan kod bar di mana generasi keduanya iaitu Kod 2D atau Kod QR telah pun diperkenalkan dan digunakan secara meluas.

Apa itu kod QR? Kod QR (QR code: Quick Response code) ianya merupakan generasi kedua kod bar dimana simbol perwakilan dua dimensi yang telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat inovasi dari Jepun, Denso Wave pada tahun 1994. Kod QR berkebolehan menyimpan lebih banyak data dan maklumat berbanding kod bar biasa menerusi garisan mendatar dan menegaknya.

Di samping itu, Kod QR turut boleh di integrasikan bersama peranti telefon bimbit pintar secara mobiliti. Keunikan itu telah menjadikan implementasinya semakin diperluas untuk tujuan pengiklanan dan promosi sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kini kita tidak lagi perlu menulis atau copy paste alamat pejabat, email,laman web atau sebagainya, hanya sekadar melakukan proses pengmengimbasan dan ia akan mengambil segala maklumat tadi. Korang juga boleh letakkan kod QR ini di akhbar, majalah, cermin kereta, baju dan pelbagai lagi lokasi yang boleh difikirkan menarik. Sebabnya,ia tidak memerlukan ruang yang luas jika dibandingkan dengan cara pautan konvensional yang menggunakan ayat dan perkataan. Kod QR boleh menjadi pintu kepada pengalaman interaktif besar yang meresap antara garisan dunia online dan offline.


LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN QR CODE

  1. Download dan install aplikasi QR & Barcode Scanner di Google Play Store. 
  2. Setelah proses download selesai, langsung sahaja kamu membuka aplikasinya. 
  3. Apabila aplikasi terbuka, maka akan muncul tampilan kamera. 
  4. Kamu perlu arahkan kamera ke Barcode yang ingin kamu Scan. 
  5. Tunggu beberapa saat proses scan berlangsung. 
  6. Selesai, maka kamu akan melihat informasi dari hasil scan tersebut. 


Mudahkan melakukan scan Barcode di Smartphone Android. Dengan begitu kamu boleh mengetahui apa saja informasi yang bersumber dari Barcode tersebut. Selain barcode, kamu juga dapat menscan Code QR yang sering kamu temui pada aplikasi sosial media seperti Snapchat, LINE, atau WhatsApp.

























Comments

Popular Posts